Open Tuisyen Matematik Tingkatan 5
6 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 05 Januari 2026, seorang peserta telah menyertai kelas Open Tuisyen bagi subjek Matematik Tingkatan 5 di NADI Sungai Bandung. Kelas ini dijalankan secara terbuka kepada semua pelajar dan diikuti oleh peserta melalui platform dalam talian, iaitu Google Meet, dengan kemudahan internet serta persekitaran pembelajaran yang disediakan di NADI.
Sepanjang kelas berlangsung, peserta mengikuti sesi pembelajaran Matematik yang melibatkan penerangan topik, pembelajaran asas formula serta latihan soalan. Peserta dibimbing dalam memahami cara pengiraan dan penggunaan formula dengan betul. Selain itu, peserta turut membuat latihan bagi mengukuhkan kefahaman terhadap topik yang dipelajari dalam kelas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: